Sunday, June 2, 2019

Watak Rakan Kelas Pengurusan Pembelajaran (KPS 3014) Bagi Kumpulan N 2019



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin berkongsi watak seorang rakan sekelas saya bagi subjek Pengurusan Pembelajaran (KPS 3014) kumpulan N di bawah bimbingan Cik Izazol Binti Idris.

Watak yang menarik perhatian saya adalah Vanessa Anak Keban. Ini kerana beliau merupakan seorang yang komited dalam melaksanakan tugasnya. Semasa pembentangan beliau juga, beliau menyampaikan pembentangan dengan yakin dan jelas.

Tanpa saya sedari, beliau juga sekelas dengan saya bagi subjek Pembangunan Sashsiah (KKD 2063) di bawah bimbingan Encik Taquddin Bin Abd Mukti, selain daripada kelas Pembangunan Sasiah ini. DI kelas Pembangunan Sahsiah, beliau satu kumpulan dengan rakan baik saya sendiri. Di mana saya lihat beliau menjalankan tugasan beliau sebagai ahli kumpulan dengan baik. Dapat saya nyatakan di sini bahawa beliau bukanlah “sleeping partner” di dalam satu kumpulan tersebut.

Selain itu, beliau juga mempunyai nada suara yang lembut. Semasa membuat pembentangan, beliau berkati-kata dengan jelas namun apabila bersembang dengannya, suara belaiu begitu lembut sekali. Then I know, every stranger person can become our friend without any reason. Ianya jadi tanpa disangka-sangka.

Saya berharap agar dapat mengenali rakan-rakan lain agar kita dapat memudahkan urusan kita seharian di masa akan datang. Ini kerana, kita dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada orang yang baru kita kenali.

Sekian, terima kasih.

BAB 17: Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah


Contoh Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah
For more info:
 


PENGENALAN

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikanpencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salahsatu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utamaiaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.


MISI

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015.


VISI

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.


MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.

FUNGSI

Ø  Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
Ø  Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
Ø  Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
Ø  Pengurusan Hubungan Luar.


TUJUAN

Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengetahuan,kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah. Pelaksanaan pendidikanpencegahan dadah ini juga dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:

Ø  Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan PencegahanDadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diridaripada terjebak dengan dadah.
Ø  Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.
Ø  Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni dikalangan murid sekolah.
Ø  Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah denganmasyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
Ø  Menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat muridsekolah daripada terlibat dengan dadah.


JENIS PENCEGAHAN YANG DIJALANKAN

Ø  Pencegahan Rokok
Ø  Pencegahan Inhalan
Ø  Pencegahan Alkohol/Arak
Ø  Pencegahan Dadah
Ø  Pencegahan Seks Bebas/Zina


PROGRAM PENGURUSAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH (PPDa)

a)    PPDa Dalam KBSM (Sisipan Dalam P&P ) – SM

Ø  Pendidikan Pencegahan Dadah diselitkan dalam pengajaran guru.

b)    Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)

Ø  Dilaksanakan oleh guru melalui P&P dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK).
Ø  Tajuk P&P boleh dirujuk kepada Buku Teks PJPK (Thn 1 -6) atau merujuk Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR yang telah dibekal kepada sekolah.
Ø  Guru PJPK juga merupakan Guru PROSIDAR.

c)    Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) – SM

Ø  Wajib untuk Sekolah Menengah
Ø  Berbentuk Persatuan Pelbagai Uniform. (rujuk buku SLAD)
Ø  Fokus Pelajar Tingkatan 2 ,3,4 dan 5.
Ø  Sijil SLAD diberikan kepada ahli Tingkatan 5.
Ø  Disediakan buku aktiviti SLAD.
Ø  Program berterusan setiap tahun.

d)    Kempen Anti Rokok/Nafas Segar

Ø  Semua sekolah perlu memantapkan program ini.
Ø  Ceramah, Ujian Penafasan anti rokok dan pameran anti rokok.
Ø  Kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

e)    Sambutan Minggu Anti Dadah
Ø  Wajib untuk semua sekolah.
Ø  Pelbagai aktiviti berteraskan PPDa
Ø  Dilaksanakan seminggu/hari.


f)     Kempen/Pameran Anti Dadah

Ø  Dapatkan kerjasama dengan AADK Daerah, PDRM, Pejabat Kesihatan, Pejabat Agama.
Ø  Sewaktu Minggu Anti Dadah/Mesyuarat Agung PIBG/Sukan/dll.

g)    Aktiviti Karnival/Pertandingan PPDa/Kuiz PPDa

Ø  Pelbagai aktiviti termasuk kesenian dan kebudayaan.
Ø  Boleh dimasukkan dalam Minggu Anti Dadah.

h)    Mesej Anti Dadah Dalam Kelas/Perhimpunan

Ø  Menggunakan buku 5 minit Mesej Anti Dadah.
Ø  Perlu dijadualkan tajuk dan guru/pelajar bertugas.

i)     Program Intervensi Pelajar (SM)

Ø  Berfokus kepada pelajar-pelajar yang berisiko
Ø  Program berbentuk kem kesedaran/pemulihan pelajar.
Ø  Sekolah boleh laksanakan dengan gabungan Badan disiplin/Agama/Kaunseling.
Ø  Boleh dapatkan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah.

j)     Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) – SM

Ø  Wajib dilaksanakan.
Ø  Berfokus kepada semua pelajar Tingkatan 5.
Ø  Kerjasama dengan Unit HIV/AIDS, Pejabat Kesihatan Daerah.

k)    Program Keibubapaan

Ø  Memasukkan program PPDa dalam aktiviti melibatkan ibu bapa. Contohnya ceramah Masalah Dadah dikalangan remaja di Mesyuarat Agung PIBG.
Ø  Kerjasama dengan unit PPDa atau AADK Daerah.

l)     Program Perkembangan Staf

Ø  Aktiviti membantu PPDa
Ø  Menaiktaraf Bilik Sumber/ Lorong PPDa
Ø  LDP/Ceramah PPDa

m)  Program-program lain yang berkaitan

Ø  Kerjasama dengan Kelab PROSTAR atau Doktor Muda
Ø  Kerjasama dalam aktiviti peringkat komuniti/daerah.
Ø  Program Intervensi bersama AADK/PDRM.
Ø  Program-program anjuran AADK/PDRM/Kesihatan/JKM/PEMADAM dsb.

Contoh Program Pencegahan Dadah di Sekolah
For more info:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/307929/ramainya-budak-sekolah-terbabit-dadah



BUKU-BUKU PPDa

Ø  Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa
Ø  Panduan Perlaksanaan PPDa di Sekolah
Ø  Pekeliling Ikhtisas PPDa Maran
Ø  Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
Ø  Jurnal PPDa
Ø  Pelaporan PPDa 2009
Ø  Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR


RUMUSAN

            Secara kesimpulannya, program pendidikan pencecegahan dadah ini memang wajar diadakan di setiap sekolah mahupun setiap institusi di seluruh dunia. Hali ini kerana ianya merupakan langkah awal serta pendedahan awal kepada para pelajar mengenai bahaya dan akibat yang bakal diterima sekiranya terlibat dalam kegiatan dadah.


RUJUKAN